Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

20 Anak Yatim Terharu Terima Sumbangan Yayasan Sultanah Haminah

By 21 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang anak-anak yatim di sini menerima sumbangan persekolahan daripaa Yayasan Sultanah Haminah hari ini.

Ketua Penolong Pegawai, Daerah Bandar Baharu, Mohd Fauzul Fitri Datuk Abdul Rahman, berkata usaha murni dan khidmat bakti yang dianjurkan oleh Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) ini dapat dicontohi oleh pihak-pihak lain dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Kesemua pelajar ini terdiri daripada enam orang pelajar lelaki sekolah menengah, lapan orang pelajar perempuan sekolah menengah, seorang pelajar lelaki sekolah rendah dan lima orang pelajar perempuan sekolah rendah di sini,” katanya yang ditemui sempena majlis serahan sumbangan Yayasan Sultanah Haminah di Pejabat Daerah Bandar Baharu.

Dalam majlis tersebut, Che Puan Besar Kedah sempat beramah-mesra bersama anak-anak yatim dan memberi nasihat kepada para penerima sumbangan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan beroleh kejayaan dalam pelajaran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda