Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

54 Asnaf Terima Bantuan

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Taufiq Firdaus (Dungun)

BESUT, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Program Ahlan Wa Sahlan Ramadan dan Futsal Mukim Kuala Besut 2022 telah berlangsung di Pekarangan Tapak Pasar Tani Kuala Besut semalam dengan kehadiran jemputan seramai 300 orang.

Program yang dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh itu bertujuan untuk menanam semangat cintakan kehadiran bulan Ramadan serta memupuk jati diri supaya Ramadan kali ini lebih berkat dan tawaduk.

Di samping itu, seramai 54 orang terdiri daripada golongan asnaf dan fakir miskin dalam mukim Kuala Besut menerima sumbangan dari Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bagi meringankan beban menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Turut diadakan pengisian Tazkirah oleh Mudir Pondok Raudhatul Muhammadiah, Ustaz Abd. Hadi Mohamad dan juga Persembahan Nasyid oleh Guru Sekolah Berasrama Penuh Batu Rakit, Ustaz Nazri Ibrahim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda