Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Erat Silaturahim Melalui Program Sentuhan Kasih Muhibbah

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Sempena kehadiran bulan Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam, Pejabat Perpaduan Dan Integrasi Nasional Daerah Dungun menganjurkan Program Sentuhan Kasih Muhibbah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan ahli rukun tetangga dengan agensi kerajaan tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang.

Sebanyak 13 KRT dan beberapa agensi kerajaan turut terlibat memasak bubur lambuk antaranya Pejabat Daerah Dungun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Dungun dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Program ini memberi ruang kepada semua AJK rukun tetangga dan komuniti setempat untuk melakukan aktiviti bersama-sama dan membuka peluang untuk saling mengenali serta mengeratkan hubungan dengan agensi kerajaan di samping mewujudkan kerjasama berpasukan di kalangan semua yang terlibat,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu, Kamaruddin Ali ketika berucap merasmikan program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda