Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Anak Muda Peneraju Masa Depan

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim (Negeri Sembilan)

JEMPOL, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Kelab Anak Muda Jempol telah dirasmikan oleh Dato Seri Haji Mohd Salim bin Shariff, Ahli Parlimen Jempol, bagi membantu anak-anak muda merealisasikan program pembangunan supaya tidak terpesong dengan anasir-anasir yang tidak sihat seperti dadah, jenayah dan selainnya.

Seramai lebih kurang 500 orang anak muda Jempol telah hadir memeriahkan pelancaran Kelab Anak Muda Jempol.

Ahli Parlimen Jempol turut menyumbangkan sebanyak RM50 ribu kepada kelab anak muda jempol bagi melaksanakan program-program yang melibatkan anak Muda seperti memulakan perniagaan dan banyak lagi. Beliau juga turut berjanji memberi bantuan lebih banyak akan disalurkan ke Kelab Anak Muda Jempol.

Turut hadir bersama Yang Berhormat Tuan Haji Mustapha bin Nagoor, ADUN Palong, Ketua Pengarah Risda Datuk Abdullah Bin Zainal serta Pengarah Risda Negeri Sembilan En. Muhamad Rizal Bin Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda