Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid (Rembau)
REMBAU, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Berkonsepkan program Pencetus Ummah yang popular di negara kita, Jabatan Pengajian Am Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau mengambil inisiatif mencungkil bakat para pelajar dalam berbicara di hadapan khalayak ramai.
Program Pentas Akhir Mimbar Pencetus Ummah versi KKTM Rembau dengan bertemakan “Dakwah… Tugas Kita Semua” telah berjaya memberi pendedahan awal khusus kepada siswa dan siswi semester satu. Menurut Penyelaras Program Ustaz Abdul Hafidz Hamzah berkata, pelajar perlu membuat persembahan sekitar lima minit dimana penyampaiannya adalah berkisar mengenai solusi tajuk kajian kes yang diberikan.
“Konsep ini bertujuan untuk membina generasi siswa dan siswi cakna dalam penyampaian dakwah disamping dapat melatih mereka berkeyakinan dalam pengucapan awam,” katanya.
-ZS-