Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Promosi Jualan di Program Jualan Keluarga Malaysia Tampin

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Gelagat Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh (ADUN), Mohd Isam Hj. Mohd Isa bukan sahaja hadir tetapi beliau turut mempromosi pelbagai barangan di setiap premis perniagaan semasa Program Jualan Keluarga Malaysia Tampin di Pusat Latihan Polis Felda Bukit Rokan, menarik perhatian orang ramai yang datang berkunjung hari ini.

Antara barangan yang menjadi tumpuan ialah minyak masak paket yang di jual dengan harga RM2.40 sekilogram dan ayam segar yang dijual dengan harga RM5.00 sekilogram.

Selain jualan barangan keperluan, pasukan Pengakap daerah Tampin telah mengambil inisiatif membantu orang ramai dengan menyediakan gerai “freemarket” di mana semua orang boleh mengambil pelbagai jenis pakaian terpakai secara percuma.

-ZS-

Tinggalkan komen anda