Laporan/foto: Siti Noorezrin/Samsulkhair (Negeri Sembilan)
JEMPOL, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Statistik yang dinyatakan menunjukkan anggaran kerugian sebanyak RM 1.9 juta dicatatkan bagi jenayah komersial untuk daerah Jempol sahaja.
Maklumat tersebut dikongsi oleh Sarjan Mohd Ismail Naim dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dalam program Taklimat isu semasa yang diadakan pagi semalam di Dataran Pusat komuniti desa Kampung Serting Hilir, pagi semalam.
Program anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Jempol & Pusat Komuniti Desa SertingIlir dilihat sebagai salah satu usaha bagi memberi kesedaran kepada orang ramai agar jangan mudah terpedaya dan sentiasa berhati-hati serta dapatkan maklumat yang sah dari agensi-agensi berkenaan sebelum membuat sebarang transaksi.
Program telah dihadiri oleh Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Haji Shahnon Mohamad, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti, ASP Mohd Kalid Yahya dan pemimpin setempat.
-ZS-