Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program Derma Darah dan Freemarket

By 20 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Muhammad Hanif Samad (Tampin)

TAMPIN, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutan (JPKKP) Kg Seri Gemas dan Komuniti Keluarga Malaysia Kg Seri Gemas telah menganjurkan program derma darah di Surau Nurhidayah, Kg Seri Gemas bagi membantu unit tabung darah Hospital Tampin mendapatkan bekalan darah yang diperlukan untuk kegunaan pesakit di Tampin.

Selain daripada itu, JPKKP menyediakan pakaian terpakai yang di dermakan oleh masyarakat untuk di beri secara percuma kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Program turut di hadiri oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Razak bin Ab Said (ADUN Gemas), dan Saudara Suhaimizan Bizar Pengerusi Belia 4B Tampin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda