Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Tengku Saipulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Bagi mendapatkan kelengkapan berkuda di negara ini memerlukan kos yang agak tinggi berikutan kebanyakannya perlu diimport daripada luar negara.
Bagi Syed Ahmad Rosidi, 42 yang telah berkecimpung di dalam dunia berkuda dan mempunyai kemahiran membuat kelengkapan berkuda sejak 20 tahun yang lalu memberikannya kelebihan untuk memasarkan produk-produk buatannya di dalam negara ini.
Lebih menarik, selain menjual kelengkapan berkuda dengan harga yang murah, beliau dan keluarga turut menyediakan perkhidmatan atau mengadakan kelas menunggang kuda untuk orang ramai.
-ZS-