Laporan/foto: Noor Anis Othman/Muhammad Syafiq Md Saad (Padang Terap)
PADANG TERAP, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 30 ribu ekor benih ikan lampam sungai telah dilepaskan oleh ADUN Kuala Nerang, Hj Munir Zakaria bersama Pegawai Perikanan Negeri Kedah, Abdul Jabbar Mohamad Yusuff ke perairan umum Sungai Padang Terap, Kuala Nerang hari ini.
Program Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Negeri Kedah ini dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Kedah. Ianya bertujuan untuk membantu penduduk setempat menjana pendapatan menerusi pembiakan ikan di dalam sungai ini. Selain itu, orang awam juga diminta untuk sama-sama menjaga persekitaran sungai dan tidak membuang sampah bagi mengelakkan sumber semakin pupus.
-ZS-