Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Cabaran Troli Pengguna Peringkat Zon Utara Memberi Pendedahan Mengenai Isu Kepenggunaan

By 15 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohd Noor/Ihsan KPDNHEP Pulau Pinang

PERMATANG PAUH, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Cabaran Troli Pengguna Peringkat Zon Utara Sempena Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan dan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) telah diadakan di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam berakhir dengan membawa kelompok 3 kumpulan teratas mewakili Zon Utara ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan akhir bulan Mac ini.

Sebanyak 13 pasukan yang mewakili negeri masing-masing iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah berentap dalam tiga pusingan dan membawa 3 kumpulan markah tertinggi ke pusingan penentuan.

Program ini merupakan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang (KPDNHEP) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang bertemakan ‘Digitalisasi Pengguna’.

Naib Johan disandang oleh kumpulan Premium daripada Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang mewakili negeri Pulau Pinang dan Kumpulan Marka Kedah mewakili negeri Kedah mendapat tempat ke-3.

-ZS-

Tinggalkan komen anda