Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Banjir Lumpur di Taman Mega Jaya

By 15 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana binti Jamri/Noor Sazarina Mohd Nor (Hulu Langat)

AMPANG, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Banjir lumpur di Jalan 5 Mega 15 Taman Mega Jaya berhampiran tanah runtuh Taman Bukit Permai 2 berlaku pada petang semalam disebabkan hujan lebat.

Tangki septik yang bocor dalam kejadian tanah runtuh sebelum ini turut menimbulkan bau busuk apabila berlakunya banjir.

Kerja-kerja pembersihan telah selesai dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada jam 2.00 pagi.

Insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 pada Khamis lepas telah meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera.

-ZS-

Tinggalkan komen anda