Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

COMBI Dilaksana Sebagai Pendekatan Cegah Denggi

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noor Ain Binti Mohd Zain (Kerian)

BAGAN SERAI, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) bagi lokaliti Taman Bagan Serai dilaksanakan hari ini sebagai pendekatan mencegah denggi.

Aktiviti gotong-royong bersama komuniti setempat merupakan inisiatif memupuk sikap bertanggungjawab dalam menangani masalah pembuangan sampah dan pembiakan nyamuk Aedes di sekitar Taman Bagan Serai.

Menurut Hazrul Hamzah, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kerian berkata, program ini merupakan salah satu strategi untuk menangani masalah denggi dan merupakan satu pendekatan yang dinamik menggunakan strategi mobalisasi sosial dan komunikasi kearah perubahan tingkah laku yang lebih sihat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda