Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Peruntukan RM20 Ribu Disalur kepada Komuniti Enam Denai Sungai

By 27 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faisal Ahmad Tarmizi (Kuala Kangsar)

KARAI, 26 Mac (Malaysiaaktif) – “Kerajaan Negeri Perak menyalurkan peruntukkan sebanyak RM 20 ribu kepada komuniti 6 Denai Sungai yang terpilih di daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput dengan harapan komuniti dapat terus menjaga dan memelihara denai sungai yang ada,” ujar Mohd Akmal Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

Bertemakan ‘Melestarikan Sumber Air’ beliau yakin penjagaan denai di sepanjang sungai akan menggalakkan aktiviti berasaskan alam sekitar sekaligus menghalang pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa, ujarnya lagi di sini dalam Sambutan Hari Air Sedunia dan Jelajah Denai Sungai Peringkat Negeri Perak 2022.

Program turut diwarnai dengan aktiviti berbasikal di pesisir Sungai Perak, pertandingan melukis bagi kanak-kanak dan acara mengutip sampah sambil beriadah (KUDAH).

-ZS-

Tinggalkan komen anda