Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

By 26 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azreen Ahmad (Jasin)

JASIN, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 215 Tahun 2022 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin telah diadakan di Dataran Kawad IPD Jasin awal pagi tadi disempurnakan oleh DSP Mispani Hamdan, Ketua Polis Daerah Jasin.

DSP Mispani Hamdan membacakan Perutusan Ketua Polis Negara sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 215 Tahun 2022.

Seterusnya perbarisan disusuli lafaz ikrar taat sedia Polis Diraja Malaysia dan penyampaian surat penghargaan kepada orang awam yang telah memberikan kerjasama baik dalam bersama-sama mencegah jenayah dalam Daerah Jasin serta Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam dan Ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Jasin.

Perbarisan diakhiri dengan persembahan demonstrasi tangkapan kes samun usaha sama Jurulatih Pusat Latihan Polis Segamat dan IPD Jasin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda