
Laporan/foto: Zayana Isa/Sh. Nurul
KUANTAN, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Golongan seniman memainkan peranan besar dalam membentuk sahsiah masyarakat terutama dalam zaman serba mencabar ini.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohamad Fakhruddin Mohd Ariff berkata seniman mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menghasilkan karya yang sarat dengan mesej dan memegang nilai ketimuran yang dipegang selama ini.
Datuk Fakhruddin hadir merasmikan sambutan Hari Seniman 2022 Peringkat Negeri Pahang di Auditorium Darul Makmur, RTM Pahang, di sini, hari ini.
-ZS-