Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Dr Azman Rasmi Jeti Pendaratan Ikan Kampung Fikri

By 23 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor (Setiu)/Pejabat Daerah dan Tanah Setiu

SETIU, 23 Mac (MalaysiaAktif) – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim telah merasmikan Jeti Pendaratan Ikan Kampung Fikri, Setiu, baru-baru ini.

Jeti pendaratan ikan di pengkalan Kampung Fikri ini bakal memberi kemudahan kepada puluhan nelayan di sini yang mana pembinaan jeti tersebut menelan belanja sekitar RM100 ribu dan tentunya melegakan warga nelayan di kawasan tersebut menjalankan urusan pendaratan hasil laut mereka.

Turut hadir Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir serta Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif.

-ZS-

Tinggalkan komen anda