Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Karnival Rakyat Jerai 2022, Platform Eratkan Hubungan Pemimpin dan Rakyat

By 6 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Kira-kira 2,000 penduduk setempat menyertai program Karnival Rakyat Jerai 2022 yang berlangsung meriah di Dewan Serbaguna Guar Chempedak hari ini.

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Jerai Masjid itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sepak bola penalti, pertandingan badminton wanita, fun ride, ceramah Israk Mikraj dan kenduri rakyat.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang hadir merasmikan program, beliau menyatakan bahawa program sebegini wajar di teruskan demi memasyarakatkan penduduk Jerai dan sebagai platform mengeratkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin.

Turut diadakan juga program ziarah Al Malak, Assabiqun dan Assabiqat, ibu tunggal dan OKU di sekitar kawasan Jerai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda