
Pelapor/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Johor)
BATU PAHAT, 5 Mac (Malaysia Aktif) – Seramai 500 orang hadir bagi menyambut baik program Riuh Ek! Bersama Unifi Warna Warni Malaysia yang berlangsung malam tadi di Arena Warna, Ayer Hitam, Batu Pahat.
Program ini dilancarkan bersempena Warna Warni Malaysia dan Aspirasi Keluarga Malaysia yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Annuar Musa dan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tempatan di Parlimen Ayer Hitam.
“Siri jelajah riuh ini akan dijalankan ke seluruh negara. Jelajah Riuh Ek! bersama Unifi di Johor merupakan yang siri pertama yang akan berlangsung selama 3 hari dan diteruskan ke negeri yang berbeza-beza pada setiap bulan kecuali bulan Ramadhan,” ujar Annuar pada sidang media.
“Pengisian ini bagi mengajak rakyat menjalankan ekonomi digital dan memasarkan informasi dan maklumat kepada rakyat sekaligus.”
-ZS-