Laporan/foto: Mawarni Ismail/Badrul Ridzuan Bustamam
PARIT BUNTAR, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Program pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak- kanak atau PICkids yang bermula pada bulan Februari 2022 diwujudkan bertujuan bagi melindungi kanak-kanak daripada Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C), Long COVID-19 yang disebabkan jangkitan COVID-19 mula disambut baik oleh ibu dan bapa kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 12 tahun.
Seramai 300 orang kanak-kanak yang terdiri daripada pelajar tadika dan sekolah rendah di Daerah Kerian didaftarkan dan bersetuju untuk menerima vaksin baru-baru ini, yang mana jumlah tersebut menunjukan peningkatan berbanding sebelumnya.
Waris pelajar yang ditemui, Suhaila 35, berkata jika sebelum ini beliau mengambil langkah tunggu dan lihat dahulu namun hari ini beliau bersedia untuk vaksin anak-anak beliau yang berusia 7 tahun dan 9 tahun.
-ZS-