Laporan/foto: Hafizah Rahim (Terengganu)/Politeknik Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 104 graduan diraikan penuh gemilang dengan menerima penganugerahan Diploma Akauntansi masing-masing pada sidang pertama yang berlangsung pada Majlis Konveksyen Politeknik Hulu Terengganu (PHT) ke-8 bertempat di Dewan Batu Bersurat, PHT hari ini.
Majlis Konvokesyen Kali ke-8 kali ini diadakan secara hibrid yang didapati lebih sesuai dan lebih efisien dan mesra Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di kampus baharu Politeknik Hulu Terengganu.
Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, Azahan Daud menyatakan pembudayaan hibrid ini terbukti dapat banyak menjimatkan sumber sama ada dari sudut kewangan, tenaga kerja, masa dan kelestarian alam sekitar.
Dalam sidang pertama itu, tiga graduan PHT telah dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang dengan menerima Anugerah Khas Pengarah.
-ZS-