Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Seiring dengan usaha Kerajaan menjadikan kawasan Felda sebagai lubuk emas ekonomi setempat, cabaran disambut oleh penduduk Felda Kepis untuk menjadikan impian itu satu kenyataan.
Berdasarkan kepada keyakinan bahawa setiap kawasan Felda harus ada identiti produk tersendiri, Mohd Hizwan Mohd Jamal yang merupakan generasi kedua menjadikan perternakan kelulut sebagai lambang ekonomi Felda Kepis.
Menurut beliau, perusahaan yang menjangkau sepuluh tahun ini dan turut mendapat bantuan dari pihak Peladang, dilihat dapat membantu pasaran domestik madu menangani lambakan madu tiruan selain menjana pendapatan tambahan.
-ZS-