Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Latihan Menembak Bersama ADUN Gemencheh

By 26 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Shaiful Azman Mohd Said (Tampin)

TAMPIN, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang Ketua-ketua Jabatan Daerah Tampin telah dijemput bagi menghadiri Program Latihan Menembak bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, YB Dato’ Mohd Isam Hj. Mohd Isa anjuran Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal (AKAL) Bukit Rokan, Gemencheh.

Menurut Inspektor Zulaika Mat Ali, Pegawai Latihan dan Pentadbiran AKAL, peserta yang hadir ke program ini telah didedahkan dengan latihan asas menembak serta teknik pegangan senjata yang betul menggunakan senjata api jenis Glock 19 dan 17.

Selain menyediakan latihan menembak, pusat latihan AKAL ini turut menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik seperti memanah, berkayak, tapak perkemahan dan sajian bufer berbuka puasa sempena bulan Ramadan akan datang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda