Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

By 26 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Masitah Mat Zin (Seremban)

SEREMBAN, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Sambutan Hari Polis ke-215 Peringkat Daerah Seremban telah dilaksanakan bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban sekitar jam 7.30 pagi semalam.

Sambutan Hari Polis pada kali ini, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim warga IPD Seremban bersama masyarakat demi memastikan negara Malaysia kekal aman, harmoni dan hidup sejahtera dengan pelbagai kaum dan agama.

Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban mempunyai 1257 pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat.

Turut hadir YDH ACP Nanda Bin Ma’arof, Ketua Polis Daerah Seremban dan YBhg. Puan Hajah Normala Bt Ramli, Pengerusi PERKEP Daerah Seremban, YDH Supt Rosli Bin Ishak Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban dan YBhg. Puan Zabidah Binti Ismail, Naib Pengerusi PERKEP Daerah Seremban, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, APR dan Pegawai Awam.

Majlis turut mengadakan Ikrar Taat Setia, Perbarisan Lintas Hormat dan Penyampaian Sijil Penghargaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda