Laporan/foto: Siti Nabila Bohari/MEDKOM (Johor)
PONTIAN, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Sesebuah kerajaan yang stabil dan kukuh dapat membolehkan dan melancarkan perancangan sesuatu dasar dilaksanakan, sekali gus mampu meyakinkan pelabur datang ke negeri ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, bukti sesebuah kerajaan itu stabil dapat dilihat menerusi pentadbiran yang mengamalkan polisi mesra pelaburan dimana dapat menyediakan infrastruktur yang baik dan undang-undang yang kukuh.
“Masih banyak lagi perancangan yang tertangguh tidak dapat dilaksanakan. Justeru, pilihan raya ini dapat membolehkan wujudnya sebuah kerajaan yang stabil dan mesra pelabur kerana Johor berpotensi menjadi pilihan berikutan kedudukan strategik dengan Singapura,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan Mctronic Benut, di sini, semalam.
-ZS-