Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman/Istana Melaka (Melaka Tengah)
MELAKA, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Konvokesyen Kolej Al-Quran Saiyidina Ali (KAQSA) ke-9 yang berlangsung di Hotel Hatten Melaka semalam menyaksikan 44 graduan cemerlang diraikan dengan begitu meriah disaksikan ahli keluarga masing-masing.
Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam yang juga merupakan penaung KAQSA menyempurnakan penyampaian Anugerah Khatam Hafazan 30 Juzu’ Al-Quran, Anugerah Kecemerlangan Akademik, Anugerah Penulisan Al-Quran (Tahriri) Terbaik, Anugerah As-Syatibi (Pengajian Qiraat), Anugerah Al-Qaradawi (Pengurusan Halal) dan Anugerah Saiyidina Ali (Tokoh Huffaz).
Konvokesyen ini menarik perhatian para tetamu menerusi kelainan yang dibawa ketika Majlis Khatam Hafazan dimulakan dengan menggunakan bacaan Qiraat 20 riwayat dalam bacaan Al-Quran. Pendedahan ilmu Qiraat ini merupakan salah satu usaha penyebaran ilmu-ilmu bacaan Al-Quran kepada masyarakat.
-ZS-