Laporan/foto: Fitri Halim (Pahang)
BERA, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 140 orang pelajar menerima Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang yang melibatkan 35 buah sekolah di DUN Guai dan DUN Triang.
Biasiswa itu disampaikan oleh wakil kepada YB Adun Kawasan Guai, Fadzly Manaf dan diiringi oleh Pegawai Pendidikan Daerah Bera Encik Baharum bin Hj Samat, Pegawai Pendidikan Daerah Bera dan wakil Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Pahang.
Pelajar yang layak menerima biasiswa ini terdiri daripada golongan B40 yang cemerlang dalam akademik dan dipilih oleh sekolah bagi menerima Biasiswa Yayasan Pahang pada tahun ini.
-ZS-