Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

KPJ Johor Salur Sumbangan Peralatan Penjagaan Kendiri COVID-19 kepada Media Johor

By 1 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/KPJ Johor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Hospital Pakar KPJ Johor mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan peralatan penjagaan kendiri COVID-19 kepada petugas media yang akan bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Usaha ini antara lain bertujuan untuk memastikan petugas media yang akan turun ke lapangan bagi membuat liputan PRN Johor berada dalam tahap kesihatan yang baik dan dilindungi daripada jangkitan COVID-19.

Antara sumbangan yang diberikan ialah lebih 500 set ujian kendiri COVID-19, 1000 pelitup muka jenis KN 95, alat pencuci pembasmi kuman, beg dan risalah panduan pengunaan dan info kesihatan.

Menurut Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor Mohd Azhar Abdullah, petugas media merupakan antara petugas barisan hadapan bagi menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini sepanjang proses PRN berlangsung sehingga hari mengundi pada 12 Mac 2022.

-ZS-

Tinggalkan komen anda