Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

AADK Komited Tingkatkan Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah

By 1 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 1 Mar (Malaysiaaktif) – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dungun menganjurkan bengkel pencegahan dadah dalam komuniti bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta bahan seumpamanya.

Menurut Penolong Pegawai Daerah Muhammad Ainol Naim Mat Adam yang juga merupakan Setiausaha Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Dungun berharap peserta akan menggunakan maklumat yang diperoleh dan dapat menyebarluas kepada komuniti.

“Program kali ini turut melibatkan pemimpin masyarakat khasnya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan ketua jabatan di sekitar daerah sini yang bertujuan menyediakan peluang kepada peserta mendengar ceramah di samping bertukar pandangan bagi menangani isu penyalahgunaan dadah di peringkat komuniti,” katanya yang ditemui sempena program tersebut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda