Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Mamilia Eco Farm Tarikan Baru di Kampung Bintongan

By 29 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Aktiviti pelancongan berkonsepkan pertanian menjadi tarikan baru di Kampung Bintongan, Rembau, di sini pengunjung dapat merasakan keseronokan menjadi petani atau perternak selain menginap di homestay Mamilia Eco Farm yang bercirikan adat perpatih sebagai pengalaman yang menyeronokkan malahan pengunjung juga boleh menikmati keindahan panorama kawasan hutan hijau yang cantik dan masih terpelihara.

YTM Datuk Undang Luak Rembau telah merasmikan pembukaan rasmi Mamilia Eco Farm di Kampung Bintongan, Rembau. Pengerusi Mamilia Eco Farm telah memajak tanah adat masyarakat kampung seluas 28 ekar merangkumi 38 penama tanah terdiri dari suku Batu Belang, suku Tanah Datar dan suku Mungkal, selepas pemilik tanah adat memberikan kebenaran untuk tanah mereka dimajukan dengan aktiviti eko pelancongan.

Mamilia Eco Farm yang berkonsepkan penginapan homestay mampu menampung seramai 60 orang pada satu masa, menyediakan perkhidmatan sewaan dewan untuk seminar, kafe moden selain menawarkan pakej majlis perkahwinan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda