Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)
JELEBU, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Suasana ceria kelihatan pada hari pembukaan sekolah bagi sesi 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu.
Murid-murid yang hadir disambut dengan maskot ‘Mickey’ di pintu masuk sekolah.
Bagi murid tahun satu mereka akan menghadiri Program Transisi selama empat minggu yang bertujuan mengenali persekitaran sekolah, rakan-rakan dan guru-guru serta peraturan sekolah.
Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu, Abu Kasim Abdul Hamid, seramai 580 orang murid keseluruhannya yang mendaftar di sekolah ini yang terdiri daripada murid darjah satu hingga enam termasuk Pra Persekolahan.
Dari segi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pula pihaknya sentiasa memastikan agar murid-murid sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan ‘hand sanitizer’ yang disediakan pihak sekolah.
-ZS-