Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Lumpur Bebuak Jana Ekonomi Penduduk Kampung Meritam

By 21 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Randy Achang William (Sarawak)

LIMBANG, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Fenomena lumpur yang berbuih dan menggelegak dikenali sebagai “bebuak” dalam kalangan penduduk tempatan telah menjadi tarikan utama pelancong, malah berupaya menjana aktiviti ekonomi penduduk Kampung Meritam di Daerah Limbang.

Menurut pengurus taman ini, Embran Ahmad, 49, pengunjung akan mengambil peluang membersihkan diri atau mandi lumpur bebuak yang dipercayai bahawa tekstur lumpur yang suam, licin dan likat dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan kulit.

Taman yang terletak 45 km daripada pusat bandar ini juga turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung yang ingin menikmati pemandangan kawasan Lumpur Bebuak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda