Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pasar Tani Pekan Kulim Menang Anugerah Pasar Tani Jaya (FAMA)

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman/Hasnol Hadi Hashim (Kedah)

KULIM, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Pasar Tani Pekan Kulim telah memenangi Anugerah Pasar Tani Jaya (FAMA) bagi tahun penilaian 2021 pada sesi penyampaian anugerah sempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2022 (HPPNK) di Stadium Kulim, pagi tadi.

Yang Berhormat En. Azman Nasrudin, selaku EXCO yang berkaitan berkata anugerah ini bertujuan untk memberi galakan dan semangat kepada usahawan-usahawan muda dan tempatan agar terus cemerlang dalam bidang perusahaan makanan.

Anugerah disampaikan dalam majlis perasmian HPPNK di Stadium Kulim. Sebanyak lebih 20 anugerah yang telah dipertandingkan mengikut kategori masing-masing.

“Walaupun sektor perindustrian merupakan teras pembangunan sesebuah negeri namun sektor agromakanan akan tetap mendapat perhatian yang berat dan penting daripada pihak kerajaan negeri Kedah,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda