Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Komuniti Taman Mewah Promosikan Sukan Petanque

By 29 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Urus Setia Pertandingan Pentaque Taman Mewah

KAMUNTING, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Sukan Petanque atau disebut ‘peh-tangk’ yang berasal dari negara Perancis adalah permainan seakan-akan sukan boling padang tetapi menggunakan bola yang jauh lebih kecil.

Faktor usia dan kekuatan tubuh badan bukanlah ukuran mahupun kelebihan kepada seseorang pemain kerana sukan ini sangat sesuai bagi semua peringkat usia disebabkan sukan ini mudah dikuasai dengan pemerhatian dan mengkaji cara orang lain bermain.

Disamping itu, pemain juga perlu mengetahui beberapa peraturan asas permainan bagi membolehkan mereka menguasai sukan ini dengan lebih baik.

Sukan Petanque ini mula menarik minat Komuniti Taman Mewah sejak tahun 2019, namun hasrat bertanding terpaksa ditangguhkan akibat daripada situasi pandemic. Ianya berjaya dilaksanakan baru-baru ini dan sukan ini mula mendapat tempat di hati komunti.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda