Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)
KEMAMAN, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Program penerangan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 merupakan pelan pembangunan negeri yang holistik kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Auditorium, Darul Iman Training Centre (DITC) pagi tadi.
Program yang dihadiri hampir lima puluh orang terdiri daripada ketua jabatan kerajaan, pemain-pemain industri dan wakil syarikat-syarikat swasta dalam daerah ini.
Penerangan tentang PITAS 2030 dibuat oleh Ketua Jabatan Pembangunan Ekonomi Dan Sumber Baharu Centre Of Excellent (CoE), Ahmad Azhar Che Ali telah berlangsung selama tiga jam termasuk sesi soal jawab dari para hadirin.
-ZS-