Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pengguna Komuniti Keluarga Malaysia, Pengguna Bijak

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Taufiq Firdaus Md.Nor (Besut)

BESUT, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Besut dan Pejabat Penerangan Daerah Besut melalui Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Air Terjun, Kuala Besut telah melangsungkan Program Advokasi Kepenggunaan di Dewan Terbuka Komuniti Keluarga Malaysia kampung tersebut, baru-baru ini.

Pengisian program dimulakan dengan ceramah dan taklimat daripada Ketua Unit Operasi, Pejabat KPDNHEP Negeri Terengganu, ceramah oleh Ketua Seksyen Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Pejabat KPDNHEP Negeri Terengganu dan ceramah Bajet 2022 oleh Pegawai Penerangan Daerah Besut.

Program ini merangkumi advokasi mengenai Hak-Hak Pengguna dan Saluran Aduan KPDNHEP kepada komuniti setempat sebagai pengguna yang bijak selain sesi soal jawab dan kuiz kepenggunaan.

Turut hadir bersama Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh serta Ketua Cawangan Pejabat KPDNHEP Cawangan Besut, Azani Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda