Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan secara ringkas dan sederhana dalam mod pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepenuhnya disambut bagi menghargai warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sempena hari Polis yang ke-215, di sini semalam.
Pegawai Penyelaras Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab, berkata sambutan kecil berkenaan dilaksanakan di Balai Polis Gong Badak dan Pasukan Gerakan Am (PGA), Kubang Badak bagi memberi penghargaan kepada unit beruniform tersebut.
“Ini bertepatan dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ dengan situasi semasa yang mana fungsi dan keterampilan PDRM mengikut peredaran masa, selain peranan besar Sang Saka Biru telah lama diakui sehingga mereka digelar sebagai ‘Rojulon Aman’ iaitu aman sentosa,” katanya ketika ditemubual.
-ZS-