Laporan/foto: Noor A’mirah Daman Huri (Kerian)
Parit Buntar, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Projek Pertanian Penanaman Pokok di Masjid As Syakirin, Jalan Sempadan Sungai Star, adalah inisiatif baharu oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar, dalam menjana pendapatan masjid di daerah Kerian.
Melalui usaha ini ianya akan mewujudkan penanaman pokok yang mengeluarkan hasil dan menjana pendapatan kepada tabung masjid.
Idea baharu ini diharap dapat membantu pihak Jawatankuasa Kariah Masjid agar tidak hanya bergantung kepada tabung masjid sebagai sumber kewangan.
Pelbagai pokok buah-buahan ditanam seperti mangga, nanas dan kurma.
-ZS-