Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian
LABUAN, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai tujuh orang kakitangan LABUANfm berjaya menamatkan dayungan berkayak dari Labuan ke Pulau Papan sejauh 7.6 kilometer sempena sambutan Hari RTM ke-76 tahun, pagi tadi.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Penyiaran Labuan hari ini, para peserta terdiri daripada penyampai radio, wartawan, jurukamera, kejuruteraan dan keselamatan.
“Simboliknya pada tahun ini adalah peserta mendayung sejauh 7.6 kilometer diiringi oleh ahli Persatuan Kanu Labuan dan acara pelepasan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias pagi tadi diringi oleh Pengarah Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
“Program ini turut mendapat kerjasama bagi kawalan keselamatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dan Angkatan Pertahanan Awam Labuan selain Perbadanan Labuan dan Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Labuan turut bersama-sama menjayakan program ini,” menurut kenyataan itu lagi.
-ZS-