Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Gunting Rambut Percuma Ceriakan 104 Orang Pelajar

By 20 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 20 Mac ( Malaysiaaktif) – Pembukaan sesi persekolahan yang akan bermula 21 Mac 2022 telah menceriakan 104 orang pelajar daerah Jelebu apabila mereka telah diberikan perkhidmatan gunting rambut secara percuma.

Program Gunting Rambut Percuma ini adalah inistif dari pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang dan pejabat DUN Sg. Lui dengan kerjasama Pejabat Parlimen Jelebu.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias, tujuan utama program ini adalah bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa dan persediaan untuk anak-anak mereka kembali ke sekolah.

Program ini turut dihadiri oleh YB Noor Azmi bin Yusuf ADUN Pertang dan YB Mohd Razi bin Mohd Ali ADUN Sg. Lui serta menggunakan khidmat seramai 3 orang tukang gunting rambut setiap DUN.

-ZS-

Tinggalkan komen anda