Laporan/foto: Malini Md Yunos/Haryatie Basir (PAWE) (Rembau)
REMBAU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Rembau dengan kerjasama dari Unit Farmasi, Klinik Kesihatan Daerah Rembau telah mengadakan taklimat mengenai cara suntikan insulin yang betul.
Taklimat tesebut telah disampaikan oleh pegawai farmasi, Puan Sarikha binti Komeng dan Encik Wong Min Hui. Program ini melibatkan penyertaan 10 orang ahlinya yang terdiri daripada golongan warga emas.
Kencing manis adalah sejenis penyakit dimana badan tidak dapat menghasilkan insulin (Type 1 Diabetes) atau insulin tidak dapat digunakan dengan sempurna (Type 2 Diabetes).
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal paras gula dalam badan. Insulin memastikan paras gula badan kita tidak terlalu tinggi (hiperglisemia) atau terlalu rendah (hipoglisemia).
Bagi sesetengah pesakit diabetes, suntikan insulin diperlukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Teknik suntikan yang betul adalah sangat penting untuk memastikan pesakit mendapat respons yang optimum dari insulin.
-ZS-