Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

KUSKOP Akan Bantu Usahawan Jelebu

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parima Devi (Jelebu)

JELEBU, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Program Usahawan dan Koperasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah dirasmikan oleh Menterinya Tan Sri Noh Omar yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu, semalam.

Para usahawan telah diberikan kursus serta bimbingan sepanjang program ini.Pihak KUSKOP juga turut menyampaikan sumbangan dan bantuan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro kepada 46 usahawan di Jelebu.

Turut hadir pada program ini adalah Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu.

Terdahulu, Program Jualan Keluarga Malaysia telah diadakan di Perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu yang bermula pukul 7.30 pagi.

Pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, telur, minyak masak dan barangan asas yang lain telah dilelong dan diberikan secara percuma kepada Keluarga Malaysia Jelebu oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda