Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sambutan Hari Seniman Peringkat Negeri Johor 2022

By 23 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Pelapor/foto: Khairuzzaki Ahmad@Kusin

JOHOR BAHRU, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Johor bersama Finas Cawangan Selatan dan Persatuan Seniman telah menganjurkan Program Santai Bersama Seniman sempena sambutan Hari Seniman di Restoran L1C Katering Johor Bahru pada petang semalam.

Program ini disempurnakan oleh YB Encik Mohd Hairi Bin Mad Shah, ADUN Larkin. Menurut beliau, sambutan Hari Seniman ini merupakan salah satu usaha mengiktiraf kecemerlangan penggiat industri kreatif yang terbabit dalam bidang seni serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan seni budaya dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki jati diri.

Program ini juga sebagai satu usaha bagi mendekati dan mendengar pendapat para seniman yang terkesan akibat Pandemik Covid-19 sejak dua tahun lepas. Walau bagaimanapun, keprihatinan kerajaan dalam membantu golongan seniman tanah air menerusi pelbagai inisiatif dan program telah banyak meringankan beban mereka yang terkesan oleh pandemik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda