Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)
KANGAR, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Penutup Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Perlis bagi Tahun 2022 Masihi bersamaan 1443 Hijrah telah berlangsung di Dewan Warisan baru-baru ini yang telah disempurnakan oleh Tuanku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Berangkat sama di majlis tersebut, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan diiringi oleh Menteri Besar Perlis YAB Dato’ Seri Azlan Man serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Penyertaan Tilawah terdiri daripada 11 peserta qari dan tujuh peserta qariah.
Bagi Menghafaz al-Quran pula seramai 37 peserta lelaki dan 21 peserta wanita telah mengambil bahagian pada tahun ini.
Johan Qari dan Qariah Tilawah pada tahun ini disandang oleh Encik Khalil Khusairi bin Zainol dan Siti Aishah binti Md Arif.
-ZS-