Laporan/foto: Mohammad Abdul Rahman
PAPAR, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Tamu Yayasan Usaha Maju Sabah atau lebih dikenali sebagai Tamu YUM Papar yang dibuka awal tahun ini kini menjadi lokasi masyarakat setempat menjana pendapatan.
Menurut Pegawai YUM Papar, Richard Ellah, berdasarkan aktiviti setakat Mac 2022, anggaran pendapatan peserta Tamu YUM adalah dalam purata RM800 sehari bagi kategori penjaja makanan, RM150 bagi penjaja sayur dan buah-buahan serta anggaran RM200 sehari bagi penjual pelbagai barangan.
Tambahnya, seramai 176 peserta YUM daripada warga Papar menyertai tamu berkenaan yang dibuka setiap Khamis, bermula pukul 6.00 pagi hingga 1 tengahari di Papar Square, Jalan OKK Hj Mahali.
-ZS-