Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Wanita Bersatu Mencegah Jenayah

By 22 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Adha Hashim (Melaka Tengah)

MELAKA, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Program Wanita Bersatu Mencegah Jenayah Peringkat Negeri Melaka anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Melaka (MCPF) telah diadakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya turut sama memainkan peranan dalam usaha mencegah jenayah serta membendung diri, keluarga dan masyarakat dari terus menjadi mangsa jenayah.

Yang Berhormat, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin telah dilantik sebagai Duta Kepolisan Komuniti Wanita Negeri Melaka selain hadir menyempurnakan majlis perasmian program dan pelancaran Buku Wanita Bersatu Mencegah Jenayah.

Turut hadir Ketua Polis Melaka dan Pengerusi Perhubungan MCPF.

-ZS-

Tinggalkan komen anda