
Laporan/foto: Taufiq Firdaus Mohd Nor (Besut)
BESUT, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Di Terengganu perlumbaan basikal Gateh D’ Tranung membuka tirai menerusi saringan peringkat pertama yang berdepan laluan sejauh 130.9 kilometer bermula di Pantai Batu Buruk ke Jertih, Besut.
Seramai 26 pasukan pelumba pecut beraksi menamatkan perlumbaan di Stesen Bas Jertih yang menyaksikan Amirul Fakaruddin dari Terengganu Polygon Cycling Team yang pertama berjaya tiba di garisan sekaligus memenangi jersi hijau pecut.
Pelumba Team Sapura Cycling, Mohd Saiful Adlan kedua, diikuti Yeo Boon Kiak Singapore Cycling Federation (SCF) ketiga.
Kategori remaja bawah 23 tahun Mohd Faizal Izuddin dari pasukan Cycling Test Terengganu muncul pemenang.
Pada hari ini saingan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM60,000 itu akan memulakan kayuhan dari Setiu ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi peringkat kedua.
-ZS-