Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Rata-rata usahawan dan peniaga melahirkan rasa syukur dan dengan pembukaan Pasar Tani Kekal (PTK) Kampung Dusun Nyiur, Chukai pada hari ini kerana mereka berpeluang untuk memasarkan produk masing-masing dan seterusnya boleh meningkatkan ekonomi keluarga.
PTK dibangunkan bertujuan untuk menambah bilangan outlet pasaran kekal dan menaik taraf infrastruktur pemasaran sedia ada.
PTK Kampung Dusun Nyiur juga diwujudkan supaya para peniaga boleh berniaga di bawah satu bumbung dengan menyediakan premis kekal yang lebih kemas.
PTK juga membuat jualan barangan segar yang mempunyai pelbagai pilihan dan juga menjual berbagai lagi barangan keperluan.
-ZS-