Laporan/foto: Fitri Halim (Pahang)
BERA, 17 April (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob “turun padang” menghulurkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal di dua lokasi berbeza, di sini, semalam.
Perdana Menteri yang juga merangkap Ahli Parlimen Bera menjemput hadirin yang hadir ke majlis sumbangan berkenaan untuk sama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Bera pada 7 Mei nanti, dalam ucapan ringkas beliau.
Turut hadir mengiringi beliau ke majlis sumbangan yang diadakan di Taman Merbau dan Felda Purun itu ialah Pegawai Daerah Bera, YH Datuk Mohd Zaman Mohd Sharif @ Ahmad dan Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Mansor Shamsudin.
-ZS-