Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

150 Khemah Niaga bagi Warga Penjaja Titiwangsa

By 3 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Diyana Mior Talib (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 2 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 150 khemah niaga sumbangan Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Mohd Harun diagihkan kepada warga penjaja Parlimen ini.

Rina dalam ucapan menyatakan sumbangan ini bagi memudahkan urusan perniagaan mereka dan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari rezeki di bulan Ramadan ini.

“Jika khemah ini digunakan sebaik mungkin, bilangan khemah akan ditambah pada masa akan datang”, jelas beliau.

Tambah beliau, “Seramai 250 wanita warga Titiwangsa sedang mengikuti program ‘Wanita Bangkit Berniaga’ sebagai persediaan memulakan perniagaan, dalam masa yang sama membantu mereka untuk berdikari dan menjana pendapatan sendiri”.

-ZS-

Tinggalkan komen anda